Sunday, July 5, 2015

Perundangan


Perundangan Soalan Esei

(a) Terangkan tentang undang-undang bertulis yang terdapat dalam tamadun Rom.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 46)

  • Undang-undang Rom pertama ialah Hukum Kanun Dua Belas.
  • Undang-undang ini dipahat pada kayu dan dikenali sebagai Papan Dua Belas.
  • Diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat.
  • Undang-undang Rom terdiri daripada tiga cabang iaitu: Undang-Undang Sivil, Undang-Undang Jenayah dan Undang-Undang Natural.
  • Prinsip undang-undang Rom ialah semua manusia sama di sisi undang-undang.
  • Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
  • Setiap individu berhak mendapat keadilan.
  • Hukuman berasaskan bukti yang cukup.
  • Maharaja Justinian mengumpul dan membukukan Undang-Undang Rom.
  • Kod undang-undang Rom ini dikenali sebagai Undang-Undang Justinian.

(b) Huraikan perkembangan sistem perundangan yang terdapat di India pada zaman peningkatan tamadun.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 46 - 47)

  • Kitab Dharma Sastra menjadi kitab undang-undang Hindu yang tertua dalam tamadun India
  • Raja dipertanggungjawabkan memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang. 
  • Segala kesalahan dikenakan tindakan.
  • Denda bergantung kepada keseriusan kesalahan.
  • Golongan Brahmin dominan dalam bidang undang-undang kerana mereka mahir tentang agama.
  • Pada zaman Dinasti Maurya, titah raja adalah undang-undang.
  • Segala titah raja diukir dan dipahat pada tiang.
  • Tiang didirikan di tepi jalan supaya dapat dibaca oleh rakyat.
  • Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka.

Perluasan Kuasa

Perluasan Kuasa

Setelah seseorang pemerintah itu berjaya menubuhkan kerajaan yang kuat dan stabil, beliau akan berusaha untuk meluaskan kawasan pemerintahannya melalui penaklukan dan pembukaan kawasan baru.

(a) Apakah sumbangan Alexander The Great terhadap perluasan pengaruh empayar Yunani?
 (Rujuk : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 48)
  • Meneruskan usaha penyatuan kerajaan Macedonia dan Yunani
  • Meluaskan lagi jajahan takluk Yunani.
  • Menakluki empayar Parsi
  • Menyebarkan kebudayaan Hellenistik
  • Menguasai seluruh kawasan Laut Mediterranean
(b) Nyatakan peranan Chandragupta Maurya dalam pembentukan empayar Maurya?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 49)
  •  Menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India o Mengubah status raja kepada maharaja
  • Meluaskan empayar meliputi Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush
  • Menjadikan Pataliputra sebagai ibu negara 


(c) Sebutkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Asoka dalam mengukuhkan empayar Maurya pada zaman pemerintahannya.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 45)
  • Menamatkan perang saudara selepas kematian ayahnya
  • Menakluki negeri Kalinga o Menekankan kedamaian dan kemajuan sosial
  • Meninggalkan dasar penaklukan melalui ketenteraan
  • Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha
  • Membentuk pentadbiran bercorak birokrasi untuk menjalankan pemerintahannya


(d) Senaraikan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Shih Huang Ti dalam pembentukan empayar Dinasti Chin.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 49 - 50)
  • Menyatukan kerajaan kecil di China
  • Memerintah secara autokratik
  • Menghapuskan kuasa golongan bangsawan
  • Melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir
  • Membina Tembok Besar China 

Perluasan Kuasa

PERLUASAN KUASA


    Setelah menubuhkan kerajaan yang stabil dan kuat, seseorang pemerintah itu akan berusaha untuk meluaskan kawasan pemerintahannya.

    Perluasan kawasan pemerintah dilakukan melalui penaklukan dan pembukaan kawasan baru. 

TAMADUN YUNANI

Alexander the Great
Philip II dari Macedonia- menyatukan kerajaan Macedonia dan Yunani.

Alexander The Great- meluaskan kawasan takluk Yunani dengan menguasai Parsi, Mesir, Turkistan, Samarkand dan seluruh kawasan Laut Mediterranean.

3. Beliau menyebarkan kebudayaan Hellenistik (campuran antara kebudayaan Yunani, Parsi dan kebudayaantimur yang lain) ke Syracuse di Itali, Iskandariah dan Antioch.

4. Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander The Great  dan dengan kemunculan Rom.

TAMADUN ROM

Augustus Caesar
Perluasan kuasa di Rom bermula pada tahun 27 S.M. iaitu pada pemerintahan Augustus Caesar.

Augustus Caesar adalah pengasas empayar Rom dan anak saudara kepada Julius Caesar. Semasa pemerintahannya, beliau telah menjalankan pemerintahan diktator.


Keadaan ini berlaku setelah beliau berjaya mengalahkan tentera pimpinan Anthony, bekas jeneral Augustus Caesar yang telah bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan Cleoparta dalam peperangan Actium ( 31 S.M ).

Pada era pemerintahannya, beliau telah menubuhkan sistem empayar yang berbeza daripada sistem republik sebelumnya, iaitu mewajibkan sistem pemerintahan warisan.

Beliau telah berjaya membentuk empayar hinggga ke Britian, Sepanyol, kawasan Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Altas, Afrika Utara, Macedonia, sebahagian Turki dan Palestin. 

TAMADUN INDIA

Tokoh perluasan kuasa dalam tamadun India dimulakan oleh pemerintahan Dinasti Maurya iaitu Chandragupta Maurya ( 321-292 S.M. ).

Penggunaan gajah dalam peperangan pada Tamadun India
Kejayaan Chandragupta adalah disebabkan mempunyai pasukan tentera yang besar, 600 ekor gajah, 1000 orang tentera berkuda dan 10, 000 orang infantri.

Beliau telah berjaya menguasai seluruh India Utara. Setelah mengukuhkan kedudukannya, beliau berjaya menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus. 

Bindusara telah meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India. 

Asoka telah menguasai seluruh India menjadi kawasan takluk empayar Maurya. Keadaan tersebut adalah kesan daripada kemenangan Asoka ke atas kawasan Kalinga.

Selepas kemenangan ke atas Perang Kalinga, Asoka menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk meluaskan pengaruh dan kedudukan Maurya.

Hal ini berlaku kerana lebih memberi tumpuan kepada penyebaran agama Buddha. 

TAMADUN CHINA

Perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin, iaitu pada era pemerintahan Shih Huang Ti yang berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China

Shih Huang Ti telah melaksanakan :
a) Corak pemerintahan secara autokratik iaitu tegas dan mutlak
b) Menghapuskan golongan bangsawan
c) Melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir
d) Mencantumkan Tembok Besar China untuk tujuan pertahanan empayar China daripada serangan orang gasar

Maharaja Han Wu Ti
Kemerosotan Dinasti Chin telah digantikan dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman Dinasti Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang digelar Maharaja Tentera telah berjaya memperluaskan kawasan jajahannya melalui pasukan yang besar dan kuat.

Antara kawasan ynag berjaya ditakluknya, meliputi Sinkiang, Lembah Tarim, dan Tutor di utara, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung di selatan.


Beliau juga telah berjaya menyebarkan pengaruh China hingga sampai ke Jepun dan Turkistan serta dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran Negeri China. 

Sistem Perundangan Malaysia

SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA

Perkembangan undang-undang di Malaysia



Undang-undang ialah peraturan yang dipersetujui umumTujuan : melindungi , mengatur dan memelihara kehidupan masyarakat agar sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni  
Sumber undang-undang Malaysia:
a. Undang-undang bertulis
b. Undang-undang tidak bertulis

Undang-undang bertulis

PerlembagaanUndang-undang tertinggi yang menjadi rujukan badan legislatif, eksekutif dan judisiariStatut = Digubal sama ada dalam DUN atau parlimenAkta = Diluluskan oleh parlimen selepas 1959 hingga kiniEnakmen = Diluluskan oleh DUN di Semenanjung MalaysiaOrdinan = Diluluskan oleh parlimen antara tahun 1948-1959
                = Diluluskan oleh Sabah dan Sarawak / Diluluskan dalam masa daruratUndang-undang Islam = Bahagian yang dikanunkan sebagai enakmen ( mahkamah syariah )Undang-undang adat Sabah dan Sarawak = Dikanunkan di kedua- dua negeriOrdinan Undang-undang adat bumiputera Sarawak 1946Ordinan pemakaian undang-undang Sabah 10. Perundangan kecil ( subsidiari ) Peraturan/ perintah / surat lain diperbuat mengikut mana-mana perundangan oleh Menteri / PBT dan sebagainya

Undang-undang tidak bertulis

- undang-undang adat , Undang-undang Islam , undang-undang lazim Inggeris , doktrin duluan kehakiman - mengambil undang-undang adat Melayu tradisional sebagai panduan - terbahagi kepada 2 iaitu adat perpatih dan temenggung - perpatih – diamalkan sejak abad ke 17, bersifat matriakal , pemerintahannya lebih bersifat demokrasi , lantik pemimpin , selesai masalah secara muafakat - adat temenggung- semenjak zaman kesultanan Melaka , bersifat patriokal ,pemerintahan bersifat autokratik / raja berkuasa mutlak / menekankan soal hairaki dalam masayarakat ( raja / pembesar/ rakyat/ hamba )/ bermula dengan pengaruh hindu kemudian pengaruh Islam - undang-undang adat Cina dan India- mengandungi soal perkahwinan , perceraian ,harta dan sistem kekeluargaan - undang-undang Inggeris – undang-undang lazim / common law - keputusan mahkamah – doktrin duluan kehakiman - undang-undang Islam – undang-undang yang tak dikanunkan / dijadikan sebagai enakmen dan ordinan 2. Badan perundangan - badan perundangan persekutuan – parlimen - badan perundangan negeri –ada 13 buah DUN / tiada di WP KL , Labuan dan Putrajaya - komponen parlimen – YDA , DN , DR
- komponen DUN – Yg Dipertua / raja dan DUN - perbandingan YDA , Yg Dipertua negeri dan raja/sultan


2.      Huraian

1. definasi undang-undang
- merupakan set peraturan sama ada dipersetujui umum atau dibuat melalui badan perundangan ( badan statut) untuk melindungi , mengaturkan dan memelihara hak seseorang serta mewujudkan keharmonian sosial

2. undang- bertullis dan tidak bertulis


Undang-undang bertulis
- sumber utama u di negara ini
- diluluskan oleh badan
- contoh
- perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri
- akta - yang digubal oleh parlimen sejak september 1959
- enakmen – Undang-undang yang digubal oleh DUN kecuali negeri Sarawak
- ordinan – Undang-undang yang digubal oleh DUN Sarawak
- undang-undang yang digubal oleh Majlis Perundangan persekutuan antara 1946-1959
- undang-undang yang dibuat oleh YDA semasa perisytiharan darurat

- perundangan kecil
- undang subsidiari
- enakmen pentadbiran u Islam



Undang-undang tidak bertulis

- hanya digunakan jika tiada u bertulis dan tidak bercanggah dengan penerimaan masyarakat
- tidak diluluskan oleh badan perundangan
Contoh
- prinsip undang-undang lazim ( common law )
- keputusan mahkamah
- undang- Islam tidak bertulis
- Undang-undang adat ( Cina , India, Bumiputera , Perpatih , dan Temenggung
- Undang-undang Hindu

3. sistem undang-undang orang asli
- sebelum kedatangan kuasa asing , sistem undang-undang telah wujud di kalangan masyarakat orang asli untuk menghukum orang yang melakukan kesalahan

4. adat perpatih
- dibawa masuk ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabau dari Palembang , Sumatera pada abad ke 16
- diwariskan secara lisan melalui peribahasa dan puisi tradisional
- mengikut prinsip matriokal / nasab ibu
- memberatkan waris sebelah perempuan
- menyentuh hal tentang kuasa dan bidang pemerintahan mengikut susunan masyarakat , kaedah hukuman ganti rugi dan warisan harta
- tidak menggalakkan perkahwinan antara sepupu / galakkan antara suku / inter suku
- sistem pemerintahan lapisan masyarakat
-
Ketua negeri- Yang dipertian Besar/ Yamtuan Besar
Undang ( ketua daerah )
- Undang Johol
- Undang Jelebu
- Undang Rembau
- Undang Sungai Ujong
Lembaga ( ketua suku kaum )
Buapak ( ketua perut )
Mamak ( ketua keluarga )

- Lelaki berkuasa dalam keluarga saudara perempuan , hal ini menunjukkan bahawa kuasa dan kebolehan lelaki masih dihormati
- orang yang pertama kali melakukan kesalahan diadili oleh kaum kerabatnya dan jika bertaubat dia akan dibuang negeri atau dijadikan hamba abdi
- hukuman dikenakan bersifat mencegah
- pewarisan harta
- harta pusaka – harta perempuan yang diwariskan kepada keturunan perempuan
- Harta dapatan – harta orang perempuan yang didapati sebelum berkahwin
- Harta pembawa
- – harta suami yang dibawa ke dalam keluarga baru setelah berkahwin
- - apabila berlaku perceraian harta ini kekal menjadi milik pihak lelaki
- - jika lelaki tersebut mati harta ini diwariskan kepada anak perempuannya
- Harta sepencarian
- Harta suami isteri sesudah berumahtangga
- Jika berlaku perceraian harta ini dibahagi sama rata
- Akan menjadi harta pusaka apabila sepasangan suami isteri mati
- Jika seseorang wanita meninggal dunia tanpa anak , hartanya akan diwarisi oleh saudara perempuannya

5. adat temenggung
- dibawa masuk dari Palembang , Sumatera
- mengikut prinsip patriarkal / nasab bapa
- banyak menyentuh hal kesalahan jenayah dan hukumannya , peraturan hamba abdi , warisan tanah , hutang piutang dan peranan raja serta pembesar
- dipengaruhi oleh unsur Hindu dan Islam
- menggalakkan perkahwinan sepupu
- contoh adat temenggung ialah pada sistem pemerintahan Perak seperti di bawah :

Sultan
Raja muda
Raja dihilir
Raja kecil besar
Raja kecil muda
Raja kecil tengah
Raja kecil bongsu
( putera sultan yang memerintah )

- tahta kerajaan Perak disandang secara bergilir-gilir antara 3 buah keluarga iaitu keluarga sultan , keluarga raja muda dan raja bendahara
- hukuman bersifat pembalasan dan lebih berat
- dalam kes jenayah , saksi adalah penting
- pembahagian harta adalah berdasarkan prinsip patriakal
- contoh buku – Hukum Kanun Melaka , Undang-undang Laut Melaka , Undang-undang Pahang , Undang-undang Johor, Undang-undang 99 Perak

6. Undang-undang Portugis dan Belanda di Melaka
- Portugis memiliki set undang-undang tersendiri di Melaka dan ditadbirkan oleh Ovidor ( hakim besar )
- Rayuan kes boleh dibuat ke Maktab ( majlis ) Keadilan di Goa , India
- Kes sivil dan sebahagian kes jenayah orang tempatan di Melaka akan dibicarakan mengikut adat masing-masing
- Belanda mengikut undang-undang di Jawa atau adat kaum masing-masing
- Rayuan kes boleh dibuat ke Majlis Keadilan Belanda di Betawi

7. Undang-undang zaman Inggeris
- undang-undang di negeri Selat – melalui Piagam Keadilan 1807 , di Pulau Pinang , Melaka dan Singapura
- undang-undang di negeri Melayu Bersekutu – menerima enakmen undang-undang sivil negeri Melayu bersekutu pada tahun 1937
- Undang-undang di negeri Melayu Tidak Bersekutu – menerima enakmen u sivil NMTB pada tahun 1951

8. Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu
- ordinan u sivil dan jenayah diterima di TM sepenuhnya pada tahun 1956
- di Sabah dan Sarawak , Ordinan Undang-undang kecil dan Ordinan U Sawarak dan Sabah diterima mulai pada tahun 1922
- namun demikian Undang-undang adat kaum peribumi masih diakui di Sabah dan Sarawak iaitu masih wujud mahkamah bumiputera

9. Undang-undang Malaysia kini
- Undang-undang bertulis menjadi teras perundangan negara ini
- Undang-undang adat dan Undang-undang lazim digunakan jika tiada u bertulis yang meliputi perkara yang dipertikaikan
- fungsi Undang-undang tidak bertulis semakin berkurang kerana semakin banyak Undang-undang bertulis digubal
- Undang-undang bertulis mengamalkan doktrin duluan kehakiman

Common law (Undang-undang lazim )
- pada awalnya dipraktikkan di Britain
- hakim mengisytiharkan kewujudan undang-undang yang lazim terdapat dalam adat tempatan
- hakim biasanya merujuk kepada keputusan kes yang terdahulunya sebagaai panduan
- hal ini menggalakkan perkembangan doktrin duluan kehakiman
- common law bukan sumber undang-undang yang penting di negara ini
- ianya hanya digunakan apabila :
- tidak terdapat statut (Undang-undang bertulis ) tentang sesuatu perkara yang dipertikaikan di mahkamah
- Peruntukan common law bersesuaian dengan kegunaan tempatan

Perundangan kecil
- digubal oleh kerajaan tempatan
- hanya sesuai bagi kegunaan tempatan
- kelemahan – mungkin diluluskan sewenang-wenangnya oleh PBT dan tidak mempunyai kawalan yang berkesan

Undang-undang subsidiari
- ditetapkan oleh seseorang menteri
- menteri diberikan kuasa untuk membuat undang-undang itu dibawah sesuatu akta 

Saturday, July 4, 2015

Perundangan

Sejarah Tingkatan 4 Bab 2

Perundangan

      Sistem perundangan amat penting dan diperlukan dalam masyarakat yang besar untuk memastikan rakyatnya hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.
      Hal ini kerana apabila saiz sesebuah masyarakat bertambah besar, peraturan atau sistem tertentu perlu diwujudkan untuk mengawal segala tindakan mereka untuk mengelakkan timbulnya masalah.
      Undang-undang ini mula ditulis dan disebarkan untuk pengetahuan ramai.
Mahkamah Yunani

Tamadun Yunani

      Undang-undang Yunani digubal oleh Dewan Perhimpunan.
      Kepentingan undang-undang ditegaskan oleh Plato dalam bukunya Republic.
      Beliau menyatakan bahawa negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap, terbaik dan berupaya menggubal undang-undang.

Tamadun Rom

Maharaja Justinian
      Undang-undang yang digunakan adalah berbentuk undang-undang bertulis.
      Undang-undang Rom yang pertama dinamakan Hukum Kanun 12.
      Hukum Kanun 12 merupakan undang-undang adat Rom yang telah disatukan pada tahun 449 S.M. Undang-undang ini dipahat pada 12 permukaan kayu dan diletakkan di tempat awam untuk pengetahuan rakyat yang perlu mematuhinya.
      Oleh sebab terdapat banyak undang-undang dan perkara-perkara yang rumit, maka Maharaja Justinian telah mengumpulkan, menyatukan dan membukukan undang-undang tersebut pada tahun 527 M. Kod undang-undang ini dikenali sebagai Kod Undang-undang Rom atau Undang-Undang Justinian.
      Inti pati undang-undang ini masih kekal sehingga kini dan menjadi asas kepada undang-undang pada hari ini.
      Penyusunan sistem undang-undang Rom yang pertama diusahakan oleh Maharaja Justinian pada tahun 527 M. Beliau telah mengumpulkan, menyatukan dan membukukan undang-undang tersebut. Kod undang-undang tersebut dikenali sebagai Kod Undang-undang Justinian.
      Tiga cabang Undang-undang Rom ialah Undang-undang Sivil, Undang-undang Rakyat, dan Undang-undang Natural (Natural Law ).
      Antara prinsip perundangan Rom yang masih diamalkan dan menjadi asas undang-undang kini ialah
·         Semua manusia adalah sama di sisi undang-undang.
·         Seseorang yang didakwa bersalah, dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
·         Menghormati hak individu untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.
·         Hukuman yang dijatuhkan oleh hakim haruslah berdasarkan bukti yang cukup dan sahih.

Tamadun India
Lukisan Maharaja Asoka

      Perundangan merupakan aspek yang penting dalam perjalanan kerajaan dan pentadbiran pada zaman tamadun India.
      Kitab undang-undang Hindu yang paling tua ialah kitab Dharma Sastra yang dipercayai dihasilkan antara abad ke-6 hingga abad ke-2 S.M.
      Raja dipertanggungjawabkan untuk memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang.
      Golongan Brahmin juga memainkan peranan yang penting dalam pengurusan undang-undang memandangkan kemahiran mereka dalam bidang hukum-hakam khususnya yang berkaitan dengan aspek keagamaan.
      Semua kesalahan dikenakan tindakan atau denda dan bergantung pada keseriusan kesalahan yang dilakukan.
      Semasa pemerintahan Asoka (Dinasti Maurya), undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah diraja,yang diukir pada tiang-tiang batu (Tiang Asoka) di sepanjng jalan untuk makluman rakyat.
     Antara undang-undang yang terdapat pada Tiang Batu Asoka:
·         Larangan terhadap penyembelihan haiwan termasuk dalam upacara korban.
·         Raja diumpamakan sebagai bapa oleh masyarakat.
      Selepas kemerdekaan India pada tahun 1947, Kepala Tiang Asoka dijadikan cap mohor negara India.

Tamadun China

Han Fei Tzu
     Sistem perundangan tamadun China, khususnya pada Zaman Dinasti Chin berteraskan falsafah legalisme dengan dua prinsip utama, iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif.
         Falsafah ini digubal dan diperkenalkan oleh Han Fei Tzu, seorang ahli falsafah pada Zaman Dinasti Chin.
      Falsafah Legalisme
·         Pemerintahan yang berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan melalui teladan yang disarankan oleh Confucius.
·         Tingkah laku manusia dan tindakan liar hanya dapat dikawal melalui cara kekerasan dan undang-undang yang tegas dan kukuh.
·         Rasa belas kasihan tidak harus wujud ketika menjalankan undang-undang dan penguatkuasaan dalam apa-apa juga keadaan.

Confucius
  Pada Zaman Dinasti Han (206 S.M. - 8 M), undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius diamalkan. Undang-undang ini menekankan pemerintahan melalui teladan. Raja harus mempunyai budi pekerti yang baik dan keharmonian manusia serta masyarakat harus dijaga.  
Powered by Blogger.

Wikipedia

Search results

About Me

This blog is prepared by a group of students from PCGHS for Hari Merdeka Competition.... Hope that you would enjoy the information shared by us.. Blog ini disediakan sempena Hari Merdeka Ke-58 pada tahun 2015. Harap dengan blog ini dapat membantu orang ramai,

Popular Posts

Video of the Day