Sejarah Tingkatan 4 Bab 2
Perundangan
Sistem
perundangan amat penting dan diperlukan dalam masyarakat yang besar untuk
memastikan rakyatnya hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.
Hal
ini kerana apabila saiz sesebuah masyarakat bertambah besar, peraturan atau sistem
tertentu perlu diwujudkan untuk mengawal segala tindakan mereka untuk
mengelakkan timbulnya masalah.
Undang-undang
ini mula ditulis dan disebarkan untuk pengetahuan ramai.
|
Mahkamah Yunani |
Tamadun
Yunani
Undang-undang
Yunani digubal oleh Dewan Perhimpunan.
Kepentingan
undang-undang ditegaskan oleh Plato dalam bukunya Republic.
Beliau
menyatakan bahawa negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka
cekap, terbaik dan berupaya menggubal undang-undang.
Tamadun
Rom
|
Maharaja Justinian |
Undang-undang
yang digunakan adalah berbentuk undang-undang bertulis.
Undang-undang
Rom yang pertama dinamakan Hukum Kanun 12.
Hukum
Kanun 12 merupakan undang-undang adat Rom yang telah disatukan pada tahun 449
S.M. Undang-undang ini dipahat pada 12 permukaan kayu dan diletakkan di tempat
awam untuk pengetahuan rakyat yang perlu mematuhinya.
Oleh
sebab terdapat banyak undang-undang dan perkara-perkara yang rumit, maka
Maharaja Justinian telah mengumpulkan, menyatukan dan membukukan undang-undang
tersebut pada tahun 527 M. Kod undang-undang ini dikenali sebagai Kod Undang-undang
Rom atau Undang-Undang Justinian.
Inti
pati undang-undang ini masih kekal sehingga kini dan menjadi asas kepada undang-undang
pada hari ini.
Penyusunan
sistem undang-undang Rom yang pertama diusahakan oleh Maharaja Justinian pada
tahun 527 M. Beliau telah mengumpulkan, menyatukan dan membukukan undang-undang
tersebut. Kod undang-undang tersebut dikenali sebagai Kod Undang-undang
Justinian.
Tiga
cabang Undang-undang Rom ialah Undang-undang Sivil, Undang-undang Rakyat, dan
Undang-undang Natural (Natural Law ).
Antara
prinsip perundangan Rom yang masih diamalkan dan menjadi asas undang-undang
kini ialah
·
Semua manusia adalah sama di
sisi undang-undang.
·
Seseorang yang didakwa
bersalah, dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
·
Menghormati hak individu untuk
mendapatkan perbicaraan yang adil.
·
Hukuman yang dijatuhkan oleh
hakim haruslah berdasarkan bukti yang cukup dan sahih.
Tamadun
India
|
Lukisan Maharaja Asoka |
Perundangan
merupakan aspek yang penting dalam perjalanan kerajaan dan pentadbiran pada
zaman tamadun India.
Kitab
undang-undang Hindu yang paling tua ialah kitab Dharma Sastra yang dipercayai
dihasilkan antara abad ke-6 hingga abad ke-2 S.M.
Raja
dipertanggungjawabkan untuk memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang.
Golongan
Brahmin juga memainkan peranan yang penting dalam pengurusan undang-undang
memandangkan kemahiran mereka dalam bidang hukum-hakam khususnya yang berkaitan
dengan aspek keagamaan.
Semua
kesalahan dikenakan tindakan atau denda dan bergantung pada keseriusan
kesalahan yang dilakukan.
Semasa
pemerintahan Asoka (Dinasti Maurya), undang-undang maharaja disampaikan sebagai
titah dan perintah diraja,yang diukir pada tiang-tiang batu (Tiang Asoka) di
sepanjng jalan untuk makluman rakyat.
Antara
undang-undang yang terdapat pada Tiang Batu Asoka:
·
Larangan terhadap penyembelihan
haiwan termasuk dalam upacara korban.
·
Raja diumpamakan sebagai bapa
oleh masyarakat.
Selepas
kemerdekaan India pada tahun 1947, Kepala Tiang Asoka dijadikan cap mohor
negara India.
Tamadun
China
|
Han Fei Tzu |
Sistem
perundangan tamadun China, khususnya pada Zaman Dinasti Chin berteraskan
falsafah legalisme dengan dua prinsip utama, iaitu hukuman berat dan bercorak
kolektif.
Falsafah
ini digubal dan diperkenalkan oleh Han Fei Tzu, seorang ahli falsafah pada
Zaman Dinasti Chin.
Falsafah
Legalisme
·
Pemerintahan yang berteraskan
undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan melalui teladan yang
disarankan oleh Confucius.
·
Tingkah laku manusia dan
tindakan liar hanya dapat dikawal melalui cara kekerasan dan undang-undang yang
tegas dan kukuh.
·
Rasa belas kasihan tidak harus
wujud ketika menjalankan undang-undang dan penguatkuasaan dalam apa-apa juga
keadaan.
|
Confucius |
Pada
Zaman Dinasti Han (206 S.M. - 8 M), undang-undang yang berteraskan ajaran
Confucius diamalkan. Undang-undang ini menekankan pemerintahan melalui teladan.
Raja harus mempunyai budi pekerti yang baik dan keharmonian manusia serta
masyarakat harus dijaga.