Sunday, July 5, 2015

Perluasan Kuasa

Perluasan Kuasa

Setelah seseorang pemerintah itu berjaya menubuhkan kerajaan yang kuat dan stabil, beliau akan berusaha untuk meluaskan kawasan pemerintahannya melalui penaklukan dan pembukaan kawasan baru.

(a) Apakah sumbangan Alexander The Great terhadap perluasan pengaruh empayar Yunani?
 (Rujuk : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 48)
  • Meneruskan usaha penyatuan kerajaan Macedonia dan Yunani
  • Meluaskan lagi jajahan takluk Yunani.
  • Menakluki empayar Parsi
  • Menyebarkan kebudayaan Hellenistik
  • Menguasai seluruh kawasan Laut Mediterranean
(b) Nyatakan peranan Chandragupta Maurya dalam pembentukan empayar Maurya?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 49)
  •  Menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India o Mengubah status raja kepada maharaja
  • Meluaskan empayar meliputi Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush
  • Menjadikan Pataliputra sebagai ibu negara 


(c) Sebutkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Asoka dalam mengukuhkan empayar Maurya pada zaman pemerintahannya.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 45)
  • Menamatkan perang saudara selepas kematian ayahnya
  • Menakluki negeri Kalinga o Menekankan kedamaian dan kemajuan sosial
  • Meninggalkan dasar penaklukan melalui ketenteraan
  • Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha
  • Membentuk pentadbiran bercorak birokrasi untuk menjalankan pemerintahannya


(d) Senaraikan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Shih Huang Ti dalam pembentukan empayar Dinasti Chin.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 49 - 50)
  • Menyatukan kerajaan kecil di China
  • Memerintah secara autokratik
  • Menghapuskan kuasa golongan bangsawan
  • Melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir
  • Membina Tembok Besar China 

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Wikipedia

Search results

About Me

This blog is prepared by a group of students from PCGHS for Hari Merdeka Competition.... Hope that you would enjoy the information shared by us.. Blog ini disediakan sempena Hari Merdeka Ke-58 pada tahun 2015. Harap dengan blog ini dapat membantu orang ramai,

Popular Posts

Video of the Day