Saturday, July 4, 2015

Perundangan

Sejarah Tingkatan 4 Bab 2

Perundangan

      Sistem perundangan amat penting dan diperlukan dalam masyarakat yang besar untuk memastikan rakyatnya hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.
      Hal ini kerana apabila saiz sesebuah masyarakat bertambah besar, peraturan atau sistem tertentu perlu diwujudkan untuk mengawal segala tindakan mereka untuk mengelakkan timbulnya masalah.
      Undang-undang ini mula ditulis dan disebarkan untuk pengetahuan ramai.
Mahkamah Yunani

Tamadun Yunani

      Undang-undang Yunani digubal oleh Dewan Perhimpunan.
      Kepentingan undang-undang ditegaskan oleh Plato dalam bukunya Republic.
      Beliau menyatakan bahawa negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap, terbaik dan berupaya menggubal undang-undang.

Tamadun Rom

Maharaja Justinian
      Undang-undang yang digunakan adalah berbentuk undang-undang bertulis.
      Undang-undang Rom yang pertama dinamakan Hukum Kanun 12.
      Hukum Kanun 12 merupakan undang-undang adat Rom yang telah disatukan pada tahun 449 S.M. Undang-undang ini dipahat pada 12 permukaan kayu dan diletakkan di tempat awam untuk pengetahuan rakyat yang perlu mematuhinya.
      Oleh sebab terdapat banyak undang-undang dan perkara-perkara yang rumit, maka Maharaja Justinian telah mengumpulkan, menyatukan dan membukukan undang-undang tersebut pada tahun 527 M. Kod undang-undang ini dikenali sebagai Kod Undang-undang Rom atau Undang-Undang Justinian.
      Inti pati undang-undang ini masih kekal sehingga kini dan menjadi asas kepada undang-undang pada hari ini.
      Penyusunan sistem undang-undang Rom yang pertama diusahakan oleh Maharaja Justinian pada tahun 527 M. Beliau telah mengumpulkan, menyatukan dan membukukan undang-undang tersebut. Kod undang-undang tersebut dikenali sebagai Kod Undang-undang Justinian.
      Tiga cabang Undang-undang Rom ialah Undang-undang Sivil, Undang-undang Rakyat, dan Undang-undang Natural (Natural Law ).
      Antara prinsip perundangan Rom yang masih diamalkan dan menjadi asas undang-undang kini ialah
·         Semua manusia adalah sama di sisi undang-undang.
·         Seseorang yang didakwa bersalah, dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
·         Menghormati hak individu untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.
·         Hukuman yang dijatuhkan oleh hakim haruslah berdasarkan bukti yang cukup dan sahih.

Tamadun India
Lukisan Maharaja Asoka

      Perundangan merupakan aspek yang penting dalam perjalanan kerajaan dan pentadbiran pada zaman tamadun India.
      Kitab undang-undang Hindu yang paling tua ialah kitab Dharma Sastra yang dipercayai dihasilkan antara abad ke-6 hingga abad ke-2 S.M.
      Raja dipertanggungjawabkan untuk memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang.
      Golongan Brahmin juga memainkan peranan yang penting dalam pengurusan undang-undang memandangkan kemahiran mereka dalam bidang hukum-hakam khususnya yang berkaitan dengan aspek keagamaan.
      Semua kesalahan dikenakan tindakan atau denda dan bergantung pada keseriusan kesalahan yang dilakukan.
      Semasa pemerintahan Asoka (Dinasti Maurya), undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah diraja,yang diukir pada tiang-tiang batu (Tiang Asoka) di sepanjng jalan untuk makluman rakyat.
     Antara undang-undang yang terdapat pada Tiang Batu Asoka:
·         Larangan terhadap penyembelihan haiwan termasuk dalam upacara korban.
·         Raja diumpamakan sebagai bapa oleh masyarakat.
      Selepas kemerdekaan India pada tahun 1947, Kepala Tiang Asoka dijadikan cap mohor negara India.

Tamadun China

Han Fei Tzu
     Sistem perundangan tamadun China, khususnya pada Zaman Dinasti Chin berteraskan falsafah legalisme dengan dua prinsip utama, iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif.
         Falsafah ini digubal dan diperkenalkan oleh Han Fei Tzu, seorang ahli falsafah pada Zaman Dinasti Chin.
      Falsafah Legalisme
·         Pemerintahan yang berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan melalui teladan yang disarankan oleh Confucius.
·         Tingkah laku manusia dan tindakan liar hanya dapat dikawal melalui cara kekerasan dan undang-undang yang tegas dan kukuh.
·         Rasa belas kasihan tidak harus wujud ketika menjalankan undang-undang dan penguatkuasaan dalam apa-apa juga keadaan.

Confucius
  Pada Zaman Dinasti Han (206 S.M. - 8 M), undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius diamalkan. Undang-undang ini menekankan pemerintahan melalui teladan. Raja harus mempunyai budi pekerti yang baik dan keharmonian manusia serta masyarakat harus dijaga.  

17 comments:

  1. thanks it help me and my friends very much.the info in here were so helping us to study for our examinition next week

    ReplyDelete
  2. thanks it help me and my friends very much.the info in here were so helping us to study for our examinition next week

    ReplyDelete
  3. Terima kasih..sangat membantu untuk saya.

    ReplyDelete
  4. Without reference book i can get A for sejarah right now:)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Wikipedia

Search results

About Me

This blog is prepared by a group of students from PCGHS for Hari Merdeka Competition.... Hope that you would enjoy the information shared by us.. Blog ini disediakan sempena Hari Merdeka Ke-58 pada tahun 2015. Harap dengan blog ini dapat membantu orang ramai,

Popular Posts

Video of the Day