Sunday, July 5, 2015

Perluasan Kuasa

PERLUASAN KUASA


    Setelah menubuhkan kerajaan yang stabil dan kuat, seseorang pemerintah itu akan berusaha untuk meluaskan kawasan pemerintahannya.

    Perluasan kawasan pemerintah dilakukan melalui penaklukan dan pembukaan kawasan baru. 

TAMADUN YUNANI

Alexander the Great
Philip II dari Macedonia- menyatukan kerajaan Macedonia dan Yunani.

Alexander The Great- meluaskan kawasan takluk Yunani dengan menguasai Parsi, Mesir, Turkistan, Samarkand dan seluruh kawasan Laut Mediterranean.

3. Beliau menyebarkan kebudayaan Hellenistik (campuran antara kebudayaan Yunani, Parsi dan kebudayaantimur yang lain) ke Syracuse di Itali, Iskandariah dan Antioch.

4. Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander The Great  dan dengan kemunculan Rom.

TAMADUN ROM

Augustus Caesar
Perluasan kuasa di Rom bermula pada tahun 27 S.M. iaitu pada pemerintahan Augustus Caesar.

Augustus Caesar adalah pengasas empayar Rom dan anak saudara kepada Julius Caesar. Semasa pemerintahannya, beliau telah menjalankan pemerintahan diktator.


Keadaan ini berlaku setelah beliau berjaya mengalahkan tentera pimpinan Anthony, bekas jeneral Augustus Caesar yang telah bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan Cleoparta dalam peperangan Actium ( 31 S.M ).

Pada era pemerintahannya, beliau telah menubuhkan sistem empayar yang berbeza daripada sistem republik sebelumnya, iaitu mewajibkan sistem pemerintahan warisan.

Beliau telah berjaya membentuk empayar hinggga ke Britian, Sepanyol, kawasan Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Altas, Afrika Utara, Macedonia, sebahagian Turki dan Palestin. 

TAMADUN INDIA

Tokoh perluasan kuasa dalam tamadun India dimulakan oleh pemerintahan Dinasti Maurya iaitu Chandragupta Maurya ( 321-292 S.M. ).

Penggunaan gajah dalam peperangan pada Tamadun India
Kejayaan Chandragupta adalah disebabkan mempunyai pasukan tentera yang besar, 600 ekor gajah, 1000 orang tentera berkuda dan 10, 000 orang infantri.

Beliau telah berjaya menguasai seluruh India Utara. Setelah mengukuhkan kedudukannya, beliau berjaya menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus. 

Bindusara telah meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India. 

Asoka telah menguasai seluruh India menjadi kawasan takluk empayar Maurya. Keadaan tersebut adalah kesan daripada kemenangan Asoka ke atas kawasan Kalinga.

Selepas kemenangan ke atas Perang Kalinga, Asoka menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk meluaskan pengaruh dan kedudukan Maurya.

Hal ini berlaku kerana lebih memberi tumpuan kepada penyebaran agama Buddha. 

TAMADUN CHINA

Perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin, iaitu pada era pemerintahan Shih Huang Ti yang berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China

Shih Huang Ti telah melaksanakan :
a) Corak pemerintahan secara autokratik iaitu tegas dan mutlak
b) Menghapuskan golongan bangsawan
c) Melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir
d) Mencantumkan Tembok Besar China untuk tujuan pertahanan empayar China daripada serangan orang gasar

Maharaja Han Wu Ti
Kemerosotan Dinasti Chin telah digantikan dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman Dinasti Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang digelar Maharaja Tentera telah berjaya memperluaskan kawasan jajahannya melalui pasukan yang besar dan kuat.

Antara kawasan ynag berjaya ditakluknya, meliputi Sinkiang, Lembah Tarim, dan Tutor di utara, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung di selatan.


Beliau juga telah berjaya menyebarkan pengaruh China hingga sampai ke Jepun dan Turkistan serta dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran Negeri China. 

10 comments:

Powered by Blogger.

Wikipedia

Search results

About Me

This blog is prepared by a group of students from PCGHS for Hari Merdeka Competition.... Hope that you would enjoy the information shared by us.. Blog ini disediakan sempena Hari Merdeka Ke-58 pada tahun 2015. Harap dengan blog ini dapat membantu orang ramai,

Popular Posts

Video of the Day