Sunday, July 5, 2015

Perundangan


Perundangan Soalan Esei

(a) Terangkan tentang undang-undang bertulis yang terdapat dalam tamadun Rom.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 46)

  • Undang-undang Rom pertama ialah Hukum Kanun Dua Belas.
  • Undang-undang ini dipahat pada kayu dan dikenali sebagai Papan Dua Belas.
  • Diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat.
  • Undang-undang Rom terdiri daripada tiga cabang iaitu: Undang-Undang Sivil, Undang-Undang Jenayah dan Undang-Undang Natural.
  • Prinsip undang-undang Rom ialah semua manusia sama di sisi undang-undang.
  • Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
  • Setiap individu berhak mendapat keadilan.
  • Hukuman berasaskan bukti yang cukup.
  • Maharaja Justinian mengumpul dan membukukan Undang-Undang Rom.
  • Kod undang-undang Rom ini dikenali sebagai Undang-Undang Justinian.

(b) Huraikan perkembangan sistem perundangan yang terdapat di India pada zaman peningkatan tamadun.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 46 - 47)

  • Kitab Dharma Sastra menjadi kitab undang-undang Hindu yang tertua dalam tamadun India
  • Raja dipertanggungjawabkan memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang. 
  • Segala kesalahan dikenakan tindakan.
  • Denda bergantung kepada keseriusan kesalahan.
  • Golongan Brahmin dominan dalam bidang undang-undang kerana mereka mahir tentang agama.
  • Pada zaman Dinasti Maurya, titah raja adalah undang-undang.
  • Segala titah raja diukir dan dipahat pada tiang.
  • Tiang didirikan di tepi jalan supaya dapat dibaca oleh rakyat.
  • Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Wikipedia

Search results

About Me

This blog is prepared by a group of students from PCGHS for Hari Merdeka Competition.... Hope that you would enjoy the information shared by us.. Blog ini disediakan sempena Hari Merdeka Ke-58 pada tahun 2015. Harap dengan blog ini dapat membantu orang ramai,

Popular Posts

Video of the Day